Mengenai Saya

Foto saya
Nama:Tuan Muhammad Shukran Bin Tuan Azman Tujuan membuat blog:kesedaran bersama pengguna netizen

Sabtu, 25 Mac 2017

Perjuangan Seorang Khalifah


Perjuangan Seorang Khalifah:Tunai Atau Tidak?

Dunia penuh dengan cabaran dan halangan yang harus manusia tempuhi.Tanpa kira umur dan jantina,setiap manusia sama sahaja misinya di bumi ini,iaitu menjalankan ibadah tidak kira di mana sahaja kita berada.Namun tidak semudah itu.Terbayang penduduk di Palestin yang pernah diserang oleh Israel.Masjid mereka pernah di bom oleh Israel.Penduduk di situ hanya melihat sahaja kerana takutnya mereka pada Israel.Penduduk Palestin orang yang kuat menjalankan ibadah mereka.Mereka beribadah sebaik sahaja mereka lepas berniaga atau selepas menjalankan tugasan mereka.

Malaysia bersyukur kerana mempunyai masjid dan surau untuk beribadah kepada Yang Maha Esa iaitu Allah S.W.T.Namun lihat sahaja,kebelakangan ini ramai remaja membuang masa dengan hanya merempit pada waktu malam,bercouple dan melepak sahaja tidak kira masa dan tempat.

Walaupun begitu,saya tertanya-tanya adakah mereka pada siang hari hingga malam mereka menunaikan solat mereka dari Subuh hingga Isyak?

Adakah juga ibu bapa mereka mengambil berat tentang anak mereka dengan selengkapnya?

Adakah ibu bapa mereka mengambil tahu perkembangan anak mereka sama ada di sekolah mereka atau sewaktu mereka bersama kawan-kawan mereka?

Adakah ibu bapa tahu perangai dan sikap anak-anak mereka dan rakan anak mereka yang sebenarnya?

Wallahua'lam saya sendiri tidak tahu adakah mereka pada siang hari hingga malam mereka menunaikan solat mereka dari Subuh hingga Isyak kerana itu adalah tanggungjawab mereka untuk menunaikannya.Tunai atau tidak,hanya Allah sahaja yang tahu.


Berbalik pada topik asal cerita, solat wajib ditunaikan kerana itulah yang akan ditanya oleh Malaikat sewaktu berada di dalam kubur.Dan,terdapat juga soalan-soalan seperti:

MARABBUKA:(SIAPA TUHANMU)

MANABIYYUKA:(SIAPA NABIMU)

MADINNUKA:(APAKAH AGAMAMU)

Dan pelbagai lagi soalan yang akan ditanya di dalam kubur seperti apakah cukup amalanmu sewaktu kamu berada di dunia?Pada waktu itu Allah telah berkata:

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan tangan-tangan mereka berkata kepada Kami dan kaki-kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang telah mereka usahakan. (Surah Yasin :ayat 65)

Mulut akan dikunci dan anggota lain yang akan menjawab.Adakah kita dapat menjawab persoalan Malaikat sewaktu kita berada dalam kubur?

Pada waktu ini juga,akan terfikir oleh ibu bapa,adakah cukup amalan mereka dan adakah telah terlaksananya tanggungjawab mereka dengan menyuruh anak mereka menunaikan solat?

Setiap orang bertanggung jawab atas dosa yang ia perbuat, dan seseorang tidaklah diwajibkan bertanggung jawab atas dosa yang diperbuat oleh orang lain. Dalam surat al-An’am ayat 164 Allah ta’ala berfirman:

قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ وَلا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلا عَلَيْهَا وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ 

Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Rabb selain Allah, Padahal Dia adalah Rabb bagi segala sesuatu. dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. kemudian kepada Rabb kalianlah kalian kembali, dan akan diberitakan oleh-Nya kepada kalian apa yang kalian perselisihkan."

Dalam suatu hadis disebutkan bahawa seorang anak tidaklah bertanggung jawab atas perbuatan dosa orang tuanya, begitu pula sebaliknya. Rasulullah telah bersabda:


لاَ يَجْنِى جَانٍ إِلاَّ عَلَى نَفْسِهِ لاَ يَجْنى وَالِدٌ عَلَى وَلَدِهِ وَلاَ مَوْلُودٌ عَلَى وَالِدِهِ

Tidaklah seseorang berbuat dosa kecuali menjadi tanggung jawabnya sendiri, tidaklah orangtua berbuat dosa menjadi tanggung-jawab anaknya dan tidak pula anak berbuat dosa menjadi tanggung jawab orang tuanya. HR. Tirmidzi no.2159 dan Ibnu Majah no.2669 dan yang lainnya. Dishahihkan oleh al-Albani

Oleh kerana itu, bila seorang anak yang belum baligh berbuat perbuatan dosa maka ia tidak dicatat berdosa, begitu pula orang tuanya, kecuali bila orang tuanya sengaja tidak mendidiknya dengan baik sehingga anak tersebut berbuat dosa itu. Kala itu orang tuanya ikut bertanggung jawab kerana anak itu berada dibawah tanggung jawab mereka. Allah ta'ala berfirman dalam surat at-Tahrim ayat 6:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ 

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan oleh-Nya kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda terkait hal ini:


كُلُّكُمْ رَاعٍ فَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ، وَالمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ، وَالعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ، أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

"kalian semua adalah pemimpin, dan kalian akan ditanya tentang kepemimpinan kalian. Pemimpin di antara manusia dia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Laki-laki adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Istri adalah pemimpin dalam rumah tangga serta anak-anak suaminya dan dia akan ditanya tentang mereka. Budak adalah pemimpin bagi harta tuannya dan dia akan ditanya tentangnya. Ketahuilah bahwa kalian adalah pemimpin dan kalian akan ditanya tentang tentang kepemimpinannya" HR Bukhari no.2554 dan Muslim no.1829 dan yang lainnya.

Apabila dosa yang dilakukan anak kecil itu merugikan orang lain maka anak kecil itu bertanggung jawab (akan ditangani oleh walinya) meskipun ia tidak berdosa disebabkan perbuatannya itu. Ibnu Abdil Bar menerangkan:
Ulama' bersepakat bahawa anak kecil dan orang yang tidur bertanggungjawab atas kerosakan harta yang mereka perbuat. Mereka hanya dibebaskan dari dosa. Al-Istidzkar 8/50